Saturday 2 January 2016

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir Mohammad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
Di sini penulis ingin kongsikan puisi oleh Tun Dr. Mahathir, mantan PM.

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya,
Tidak ada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dihina,
Air mata tiada ertinya,
Sejarah silam tiada maknanya,
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dilupakan,
Bukan kecil langkah wira bangsa,
Para pejuang kemerdekaan, 
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa,
Selangkah bererti mara,
Mengharu sejuta dugaan,
Biarkan bertatih,
Asalkan langkah itu yakin dan cermat,
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa diperlihara,
Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,
Bukan kecil tugas kita,
Meneruskan perjuangan merdeka kita,
Kerana rupanya,
Selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara,
Bangsa ku bukan kecil api dan jiwanya,
Bukankah zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara, penakluk terkemuka,
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap menjadi pedagang dan peniaga,
Selai ulama' dan ilmuwan terbilang,
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
Menjajah dunia yang tak dikenal,
Bukankah pernah menjadi wira serantau yang tidak kenal erti takut dan kematian,
Di manakah silapnya,
Hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri,
Apakah angkara penjajah lalu bangsa ku mulai melupakan,
Kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar,
Tugas kita belum selesai rupanya,
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa,
Kerana hanya bangsa berjaya akan sentiasa dihormati, 
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya,
Hari ini,
Jalan ini,
Pasti semakin berliku,
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa,
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda bangsanya,
Yang berjaya~

"Takkan Hilang Melayu di Dunia"


Friday 1 January 2016

Pesanan Ringkas

Assalamualaikum semua~
Disini penulis nak ucap selamat kembali ke sekolah hehe. Ada yang dah balik asrama dan esok penulis sendiri akan balik asrama. Semoga selamat di sana huehue. 

Selain itu, penulis sendiri nak sampaikan pesanan. Baiklah, pertama sekali, teruskan ketakwaan kita kepada Allah SWT dan kita cuba untuk terus berubah ke arah kebaikan. Mari kita sama-sama cuba untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW setiap hari. Lama-lama dah terbiasa ok lah tu. Banyakkan berdoa dan niatkan setiap perkara ikhlas kerana Allah. 

Kemudian, sudah sudahla kita dengan confessing pada waktu yang tidak sepatutnya. Kalau dah boleh kahwin takpa lah kan. Ni prioriti, keutamaan kita dibiarkan. Benda yang kita memang wajib, patut buat tak buat pun. Kita buat ja ikut suka. Ha tak suka baca al-Quran, tak baca. Ha "bercinta kerana Allah". Tapi betul ka? Kerana Allah ataupun nafsu? Kita ambik Islam bahagian kita suka ja. Ha yang tak berapa minat, buang~ Na'uzubillahiminzalik.

Di samping itu, kejarlah impian kita. Apa impian kita? Yang pertama, bertakwa kepada Allah. Betul tak? Yang kedua, masuk syurga. Kita nak selamat kan? Kita pandai quote sana sini "Never quit in what you want" dsb. Bagus gitu, tetapi keutamaan kita pada perkara yang salah. Yang lain tu, ikut diri masing masing. Ada yang nak masuk pasukan sekolah, ada yang nak keputusan cemerlang. Well, work for it. No matter how painful it is. 

Yang terakhir, jagalah kesihatan masing-masing. Haa ni penting tapi yang terakhir (aik peliknya haha). Jangan tinggal solat, makan, tido. Ha sakit kang siapa susah. Orang sekeliling jugak susah. Always think of the impact you are gonna make of what you do. Kasihanilah ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dsb. Ha nanti diaorang risau, diaorang pulak sakit. Kalau semua sakit? Haa~hehe maaf gurau. 

Walau apapun, jangan dilupakan misi dan visi kita. Perjuangkan agama dan bangsa kita. Setakat itu sahaja rasanya. Tuntut ilmu sesungguh sungguhnya. Selamat maju jaya dunia dan akhirat. Huhu esok balik T^T. Akhir kata, sekian terima kasih.

"Takkan Hilang Melayu di Dunia" 
"Perjuangan yang belum selesai"
"Selangkah bererti maju"