Saturday, 2 January 2016

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir Mohammad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
Di sini penulis ingin kongsikan puisi oleh Tun Dr. Mahathir, mantan PM.

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya,
Tidak ada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dihina,
Air mata tiada ertinya,
Sejarah silam tiada maknanya,
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dilupakan,
Bukan kecil langkah wira bangsa,
Para pejuang kemerdekaan, 
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa,
Selangkah bererti mara,
Mengharu sejuta dugaan,
Biarkan bertatih,
Asalkan langkah itu yakin dan cermat,
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa diperlihara,
Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,
Bukan kecil tugas kita,
Meneruskan perjuangan merdeka kita,
Kerana rupanya,
Selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara,
Bangsa ku bukan kecil api dan jiwanya,
Bukankah zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara, penakluk terkemuka,
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap menjadi pedagang dan peniaga,
Selai ulama' dan ilmuwan terbilang,
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
Menjajah dunia yang tak dikenal,
Bukankah pernah menjadi wira serantau yang tidak kenal erti takut dan kematian,
Di manakah silapnya,
Hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri,
Apakah angkara penjajah lalu bangsa ku mulai melupakan,
Kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar,
Tugas kita belum selesai rupanya,
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa,
Kerana hanya bangsa berjaya akan sentiasa dihormati, 
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya,
Hari ini,
Jalan ini,
Pasti semakin berliku,
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa,
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda bangsanya,
Yang berjaya~

"Takkan Hilang Melayu di Dunia"


No comments:

Post a Comment